SELAMAT DATANG KE BLOGS INI

DENGAN BISMILLAH, SAYA INGIN MERASMIKAN BLOGS INI KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA TIDAK KIRA DI MANA ANDA BERADA. JIKA ADA APA-APA YANG HENDAK DIKONGSI BERSAMA ,ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK MEMBERI SEBARANG CADANGAN MAHUPUN KOMEN-KOMEN BAGI MENGUKUHKAN LAGI SILAHTURAHIM DI ANTARA KITA SEMUA..




wassalam dari ;
shiema_shieffa@yahoo.com

GAMBAR KELUARGA DI FLICKR

Saturday, July 19, 2008

Meeting #3

Tarikh : 24 may 2008

Tempat : Kediaman Mak Endah Tg Malim

Jam : 2.30 petang

Kehadiran : 1. Yeop Karim

2. En. Azhar

3. En. Hamdan

4. En.Baha

5. En Shafie

5. Ahli Keluarga Ayh Inggi

Tidak hadir : Wakil keluarga Ayah Yang

Turut hadir : Ahli keluarga Mak Endah

MINIT MESYUARAT

1. TEMPAT

Pusat Kegiatan Pelajar Lambor Kanan telah di putuskan utk menjadi lokasi majlis.

Surat minta kebenaran sudah di beri ke pihak sekolah. Pihak sekolah bersetuju. Cadangan sewa utk dua hari (3 & 4 oct). Makluman awal sewa tempat adalah RM 120/ sehari.

Tindakan :

a.Perlu menghantar satu lagi surat utk confirmkan tarikh - En Shafie

b.Perlu confirmkan harga sewaan yg lain –lain - En. Azhar / Shafie

2. Kewangan

a.Setiap wakil keluarga perlu menghebahkan / mengedar surat rayuan sumbangan kepada ahli keluarga masing-masing.

b.En. Baharudin telah sudi untuk menyumbangkan 10 kampit Beras (10 kg/kampit) utk majlis.

c.Mesyuarat bersetuju untuk menetapkan RM10 bagi seorang sebagai sumbangan wajib majlis. Ini berlainan daripada duit sumbangan di atas.

Tindakan :

a.Wakil keluarga akan mengumpulkan wang sumbangan pada hujung Julai. Jumlah sumbangan perlu di berikan kepada bendahari selewat-lewatnya dalam meeting ke 4.

b. Bendahari di minta utk menyediakan surat hebahan terkini utk kutipan derma, sumbangan wajid dan sumbangan kerbau.

3.Sumbangan Kerbau/Lembu

Keperluan kerbau/lembu diperlukan sebanyak 2 ekor.

En.Johari (Keluarga Ayah Inggi) bersetuju menyumbangkan seekor kerbau – aqiqah

Pihak yang berikut bersetuju untuk mengambil 1 bahagian dlm aqiqah.

1. Yop Karim 2. Hilmi 3. Azhar 4. Mi M. Endah

Jadi masih ada kekosongan utk 3 bhg lagi (satu bhg rm350)

Tindakan : Semua wakil keluarga di minta menhebahkan perkara ini kepada ahli keluarga yg lain yang mungkin berminat.

4. Menu dan Cara Penyediaan

Selain menu seperti yg di putuskan dalam mesyuarat #2, Yop karim turut mencadangkan satay &, lemang dlm menu , sempena suasana hari raya.

Tindakan : Ketua Keluarga (Yeop Karim) .diminta mencari catering yang sesuai

5. Pengenalan diri ahli keluarga

-Semua ahli keluarga diwajibkan memakai taq sebagai pengenalan ahli keluarga.

-Cadangan menggunakan system no tag / warna (ie. 1.1.1) untuk pengenalan generasi.

-Wakil keluarga perlu memberi maklumat ahli keluarga selewatnya pada meeting 4.

-Setiap keluarga di sarankan untuk memilih warna tema pakaian.

Warna tema pakaian keluarga yg berikut telah di persetujui:

1. Ayh We – Hijau

2. Ayh Endah – Oren

3. Mk Cho – coklat

4. Ayh Din – Unggu

5. Mk Teh – Biru

6. Ayh Yang –

7. Ayh Inggi –

8. Ayh Chu –

Tindakan : Wakil keluarga yg belum mempunyai warna tema diminta memilih warna yg selain daripada di atas.

5. Aktiviti pada hari keluarga

Draf susunatur acara telah sediakan oleh En Azhar. Sila lihat posting.

6.Tarikh Mesyuarat akan datang

Mesyuarat keempat - Di Shah Alam 15 Ogos (Majlis Perkahwinan di Rumah Puan Norishah –Mak Endah)

Tindakan : S/U diminta menghubungi semua ahli j/kuasa untuk confirm tarikh .

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang

Pencatat :Hilmi Hussin

No comments: