Tarikh : 23 Dec 2007
Tempat : Kediaman Mak Teh Bukit Pekan
Jam : 3.15 petang
Kehadiran : 1. Yeop Karim
2. En. Daud
3. En. Ismail
4. En. Azhar
5. En. Hamdan
6. En.Baha
7. En.Johari
8. En. Shafie
9. Wakil Keluarga Mak Chor
Tidak hadir : Wakil keluarga Ayah Yang
Turut hadir : Beberapa ahli keluarga Tok Tasin
Beberapa ketetapan telah diputuskan
1. Tempat
Tempat asal perjumpaan adalah di tanah rumah Tok Tasin.. Disebabkan masalah keselamatan (berhampiran sungai) tempat ditukar.
Cadangan :
a. Sekolah Kebangsaan Lambor Kanan.
b. Pusat Kegiatan Pelajar Lambor Kanan
c. Dewan SMK Sultan Muzaffar Shah
Walau bagaimanapun ,sekiranya tempat-tempat di atas tidak dapat.Tempat asal menjadi pilihan. Kerja-kerja membersihkan kawasan dan khemah perlu dirancang.
Tindakan : En. Azhar diminta bertanyakan /memohon kebenaran dari pihak berkenaan.
2. Kewangan
Semua perbelajaan untuk menjayakan hari keluarga ini dibiayai melalui sumbangan dari ahli keluarga Tok Tasin. Ahli keluarga diminta / dipohon memberikan sumbangan ikhlas terutama dalam bentuk wang.
Lain-lain kewangan berbentuk tabung yuran dan sebagainya ditangguhkan perbincangan
ke mesyuarat akan datang.
Tindakan : S/U atau Bendahari diarahkan membuat
3.Sumbangan Kerbau/Lembu
Keperluan kerbau/lembu diperlukan sebanyak 2 ekor.
En.Johari (Keluarga Ayah Inggi) bersetuju menyumbangkan seekor kerbau – aqiqah
Seekor lagi dipohon daripada ahli keluarga yang lain.(tujuan aqiqah atau sebagainya)
Tindakan : S/U diarahkan membuat
4. Menu dan Cara Penyediaan
Penyediaan masakan disediakan secara katering.
Menu :
1.Rendang tok
2. Sup tulang
3. Gulai tempoyak
4.Ayam goreng berempah
5. Ikan keli goreng berlada
6. Pecal
7. Gulai sayur kampung (pisang/keladi dan sebagainya)
* tertakluk kepada pindaan dan kewangan
Tindakan : Ketua Keluarga (Yeop Karim) diminta mencari catering yang sesuai
5. Pengenalan diri ahli keluarga
Semua ahli keluarga diwajibkan memakai taq sebagai pengenalan ahli keluarga. Setiap ahli keluarga dikenali melalui reben warna. Setiap Kelurga Induk (8 adik beradik) akan diberikan satu warna.
Tindakan : En. Azhar diminta menyediakan contoh reben warna
5. Aktiviti pada hari keluarga
Semua aktiviti akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang.Antara aktiviti cabutan bertuah.
Tindakan : En. Azhar diminta mendraf susunan atur cara pada hari itu.
6.Tarikh Mesyuarat akan datang
Mesyuarat ketiga - Di Tanjong Malim pada 26 April 2008
Tindakan : S/U diminta menghubungi semua ahli j/kuasa untuk confirm tarikh .
Mesyuarta ditangguhkan pada jam 5.00 petang
Pencatat :En.Azhar Aminudin
Assalamu’alaikum. Wrmt.bkth. Tarikh : 25 May 2008


No comments:
Post a Comment