SELAMAT DATANG KE BLOGS INI

DENGAN BISMILLAH, SAYA INGIN MERASMIKAN BLOGS INI KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA TIDAK KIRA DI MANA ANDA BERADA. JIKA ADA APA-APA YANG HENDAK DIKONGSI BERSAMA ,ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK MEMBERI SEBARANG CADANGAN MAHUPUN KOMEN-KOMEN BAGI MENGUKUHKAN LAGI SILAHTURAHIM DI ANTARA KITA SEMUA..




wassalam dari ;
shiema_shieffa@yahoo.com

GAMBAR KELUARGA DI FLICKR

Monday, October 6, 2008

Majlis Perjumpaan keluarga 4 oct 08

Alhamdulillah,
Akhirnya majlis perjumpaan keluarga Tok Tasin & Wea Timah berjaya dilangsungkan dengan meriah sekali. Kesemua anak and menantu Tok Tasin hadir termasuk Ayah Yang yg sampai pada pagi tersebut terus dari Pahang. Di anggarkan sekitar 300 ahli keluarga berkumpul yang terdiri dari 4 generasi (generasi kedua hingga ke lima).
Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil, kemudian ucapan diikuti sessi bergambar sebelum makan tengahhari. Sessi bergambar diteruskan selepas solat zohor. Majlis selesai dalam pukul 3 pm.
Bagi pihak penganjur, kami mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua ahli keluarga yg sanggup datang kemajlis waluapun dari tempat yg jauh semata-mata untuk bertemu & beramah mesra dan sama-sama meraikan majlis ini. Juga kepada dermawan dan sukerelawan yg sudi menyumbang sumbangan utk memastikan majlis berjalan dengan jayanya. Di harapkan objektif majlis supaya keakrapan semua ahli keluarga Tok Tasin terjalin dan berpanjangan telah tercapai. Kami juga memohon maaf sekiranya ada kesalahan dan kekurangan semasa menjayakan majlis ini.
InsyaAllah kita akan berjumpa lagi utk majlis yg lebih meriah di lain kali.

terimakasih, s/u

2 comments:

cicit65 said...

Perjumpaan ini harus dijadikan acara tahunan,supaya dapat medekatkan semua ahli keluarga Tok Tasin & Wea Timah. Masih ada ahli keluarga yg tidak hadir atau masih tidak nampak kepetingannya. Kepada semua AHLI KELUARGA TOK TASIN & WEA TIMAH mari kita eratkan hubungan kekeluargaan. Terimakasih pada yg semua yg hadir. Terimakasih pada Abah, Kicu Mail, Cik Ah, Cik Dogan dan semua yg mejayakan perjumpaan ini.

Anonymous said...

yerp betui tu..kami yang cicit2 ni tak kenai adik beradik kedua-dua pihak so bila dah ada majlis mcm ni..alhamdulillah kami dah mula kenai..so patut dijadikan acara tahunan la..